Latar belakang Don_Carlos

Terjemahan libreto Don Carlos ke dalam bahasa Itali dibuat oleh Achille de Lauzières pada muzim luruh 1866. Verdi mahu nama opera dikekalkan sebagai Don Carlos, sebagaimana dipersembahkan di Paris Opera. Versi bahasa Itali dipersembahkan pertamakali di Royal Italian Opera House, Covent Garden di London (sekarang dikenali sebagai Royal Opera House) pada 4 Jun 1867 dan dipersembahkan di Itali di Teatro Comunale di Bologna pada 27 Oktober pada tahun yang sama.

Idea untuk mengurangkan skop dan skala opera Don Carlos datang dari Verdi sendiri pada 1875. Beliau kemudiannya membuang keseluruhan babak 1 dan juga tarian balet, begitu juga bahagian lain.[1]

Don Carlo disiapkan untuk persembahan di Teatro alla Scala pada 10 Januari 1884 yang mana versi ini telah tiada lagi keseluruhan babak 1 dan juga adegan tarian balet